December 2018
MonTueWedThuFriSatSun
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      

Calendar Calendar

Latest topics
» Biodata Iblis Laknatullah
Thu Feb 28, 2013 10:23 am by bilis

» I want INFORMATIONS about MICET-unikl...Please HELP
Fri Jun 04, 2010 7:46 pm by imtiaz

» I want INFORMATIONS about MICET-unikl...Please HELP
Fri Jun 04, 2010 7:45 pm by imtiaz

» I want INFORMATIONS about MICET-unikl...Please HELP
Fri Jun 04, 2010 7:42 pm by imtiaz

» http://seharum.aromaserai.com
Wed Mar 10, 2010 9:20 am by seharum

» ada sape2 dah install windows 7?
Tue Jan 26, 2010 4:48 pm by azhar^fightcar

» DEBAT 1: FINANCE OOOOO FINANCE
Tue Jan 26, 2010 4:39 pm by azhar^fightcar

» DEBAT 2: RESULT PERIKSA JATUH...SALAH SIAPA?
Tue Jan 26, 2010 4:37 pm by azhar^fightcar

» The Other Khairul
Sat Nov 28, 2009 2:20 am by mykhairul90

» Suara Anak Muda
Fri Aug 07, 2009 8:35 am by ahmadytiryaq

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


Poll

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI JANUARI 2009:BAGAIMANA KEPUTUSAN CGPA ANDA?

50% 50% [ 4 ]
50% 50% [ 4 ]
0% 0% [ 0 ]

Total Votes : 8

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 17 on Wed Jul 03, 2013 9:56 am

VCD Lucah membunuh JATI DIRI

 :: HAL-HAL SEMASA :: UMUM

Go down

VCD Lucah membunuh JATI DIRI

Post  ahmadytiryaq on Mon Jul 13, 2009 5:28 pm

Ada benarnya ungkapan yang menyatakan “kamu adalah apa yang kamu makan.” Telah sama-sama kita ketahui bahawa makanan akan membentuk hati. Dan hati menjadi sumber yang membentuk perilaku sepertimana yang disebut dalam sebuah hadis bahawa jika hati kita baik, maka baiklah semua anggota badan. Sebaliknya, jika hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Oleh sebab itu, umat Islam sangat dituntut agar berhati-hati dengan apa sahaja makanan yang dimakan. Justeru Rasulullah dalam konteks yang sama pernah bersabda yang bermaksud; hati adalah ditempa oleh makanan.

Sebenarnya kita bukan apa sahaja yang kita makan, tetapi lebih daripada itu kita juga ialah apa yang kita dengar, baca dan tonton. Apa saja yang kita dengar, baca, tonton akan membentuk diri kita kerana semua itu hakikatnya adalah makanan rohaniah kita. Sepertimana makanan yang berkolesterol, berlemak dan beracun akan memberi kesan mudarat kepada fizikal kita, maka ‘makanan rohaniah’ yang buruk, negatif atau lucah dan yang seumpama dengannya akan merosakkan rohaniah kita. Dan ini akan memberi kesan negatif kepada jiwa dan pembentukan peribadi kita.

Apakah yang dimaksudkan dengan rohaniah kita? Rohaniah kita ialah hal-hal dalaman yakni akal dan hati kita. Akal dan hati lebih mudah dipengaruhi oleh apa yang kita lihat, dengar dan baca. Kemudian, ini secara lansung akan memberi kesan kepada pemikiran dan perasaan kita. Ini kerana akal berfungsi untuk berfikir, hati pula berfungsi untuk merasa. Apabila perkara-perkara yang negatif kita berikan kepada akal fikiran, ini akan memberi bentuk fikiran yang negatif dan rasa-rasa yang negatif juga.

Apabila kita melihat perkara-perkara yang kotor, maka fikiran kita akan turut kotor dan mula memikirkan perkara-perkara yang kotor. Apabila input yang negatif ini sudah melekat di dalam fikiran, ia agak sukar dipadamkan. Ia akan sentiasa bermain-main dalam fikiran dan akhirnya akan mengarahkan seluruh pancaindera kita ke arah yang kotor juga. Jadi tidak hairan, jika lahir perlakuan-perlakuan yang kotor dalam kehidupan sehari-hari.

Begitu juga hati. Hati terlalu seni dan sensitif sifatnya. Apa yang dilihat oleh mata ‘akan turun ke hati’. Oleh sebab itu Rasulullah pernah menyebut jika kita dapat menjaga mata, kita akan mendapat kemanisan iman. Mata hakikatnya adalah jendela bagi hati. Bila jendela telah memaparkan gambaran-gambaran yang kotor maka hati akan turut kotor. Bila hati telah kotor, itu adalah keadaan yang paling bahaya kerana hati adalah raja atau pemimpin di dalam diri manusia. Bayangkan,kalau pemimpin sudah rosak… apa kesannya kepada rakyat dan negara. Maka begitulah juga bila hati telah rosak, maka seluruh peribadi individu yang berkenaan akan menjadi ‘mesin perosak’ yang siap sedia melahirkan kerosakan dalam masyarakat.

Islam sangat menitik-beratkan ‘rasa-rasa’ yang boleh singgah dan bertapak di dalam hati dan fikiran. Jika kita bersangka buruk misalnya, Islam menegaskan bahawa itupun merupakan satu dosa. Maksudnya larangan Allah ini ialah supaya kita sangat menjaga hati dan fikiran. Jangan sekali-kali dicemari oleh rasa-rasa yang buruk. Tetapi rasa-rasa inilah yang akan terpupuk secara tidaklangsung apabila kita melihat sesuatu yang lucah dan kotor. Beracam-macam rasa yang negatif ini akan memberi ‘keseronokan’ pada jangka waktu yang pendek tetapi buruk pada jangkamasa yang panjang. Ia adalah umpama tindakan ’menggaru’ pada kudis yang kronik.

Kita dituntut menjaga tubuh badan daripada penyakit-penyakit lahiriah seperti diabetes, darah tinggi dan kanser. Dengan itu kita digalakkan memakan makanan yang berzat, menjauhi makan yang berlemak, berminyak dan sebagainya. Jika tubuh badan kita pun perlu disayangi, sepatutnya hati dan akal lebih patut lagi disayangi. Justeru kita sepatutnya lebih menjaga hati dan akal daripada penyakit-penyakit rohaniah. Ini kerana pesakit-pesakit rohaniah lebih menderita bukan sahaja di dunia oleh rasa gelisah, rasa bersalah, marah dan sebagainya tetapi akan turut menderita di akhirat.

Sepatutnya kesedaran seumpama inilah yang menjadi pertimbangan kita apabila membincangkan tentang isu VCD lucah dan perkara-perkara yang seumpama dengannya. Kita perlu melihat sesuatu masalah itu, bukan sahaja dari segi akibatnya sahaja tetapi mesti ke akar umbinya. Maksudnya, perlu menerobos ke dalam diri manusia. Persoalan sebenarnya ialah mengapa masyarakat suka perkara-perkara yang kotor?

Malangnya, ramai yang ingin menyelesaikan sesuatu masalah tanpa melihat kepada punca sesuatu masalah itu. Sedangkan punca-punca itulah yang perlu kita tangani, bukan akibat-akibatnya. Kita tidak menafikan kepentingan penguatkuasaan undang-undang dan operasi rampasan yang sedang giat dijalankan sekarang. Malah usaha seperti ini sepatutnya telah lama dilakukan. Namun begitu, jika kita tidak menyelesaikan punca sesuatu masalah, perkara-perkara sebegini akan terus berlaku pada masa akan datang. Ini kerana aktiviti penjualan VCD itu adalah ‘oksijen’ kepada hidup golongan tertentu. Mereka akan terus berusaha dulu,kini dan akan datang.

Isu VCD lucah ini telah memberi gambaran inilah masyarakat kita yang sebenarnya. Kita sebenarnya bukan sahaja dilimpahi oleh sampah-sampah lahiriah, tetapi juga sampah-sampah batiniah. Ini tidak akan berleluasa sekiranya masih ramai anggota masyarakat yang sensitif dan prihatin. Tetapi apa boleh buat, majoriti masyarakat tidak mempunyai kesedaran? Jadi kita perlu berusaha menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat sendiri bahawa mereka perlu berhati-hati memberi makanan pada rohaniah mereka.

Kempen ini perlu dijalankan sepertimana kita menjalankan kempen meminta masyarakat mengambil makanan yang seimbang, bahaya SARS, darah tinggi dan sebagainya. Paparkan bagaimana mekanisma kerosakan yang berlaku tahap demi tahap pada fikiran dan jiwa akibat melihat perkara-perkara yang lucah. Bahan-bahan lucah seumpama virus atau bakteria yang sangat merbahaya dan merosakkan rohaniah kita. Sikap ‘apa salahnya hanya sekadar melihat’ , perlu dibasmi justeru itu adalah gerbang kepada sikap ‘apa salahnya kalau buat sedikit’. Bukankah Islam begitu tegas dalam hal pandangan-pandangan yang dibauri nafsu – misalnya, ia disifat sebagai anak panah syaitan, menghilangkan kemanisan ibadah dan lain-lain lagi. Dan lupakah kita pada pengertian, ‘jangan hampiri zina’ di dalamAl Quran?

Bahan-bahan lucah boleh diibaratkan sebagai dadah. Cuma kesannya secara sedikit demi sedikit merosakkan hati dan fikiran. Ia boleh mengakibatkan ketagihan yang akan membawa kesan buruk jangka panjang. Ia seperti bom jangka yang menyala di dalam diri. Ciri-ciri ketagihan yang ada pada dadah, rokok dan perkara yang seumpamanya ada pada bahan-bahan lucah. Misalnya, bila kita melihat bahan-bahan lucah ia hanya memberi kesan seronok yang sementara. Namun lama-kelamaan ia akan menjadi fokus utama dalam hidup tanpa disedari. Kita akan berusaha mendapatkannya lagi dan lagi dan lagi… Akhirnya kita akan sentiasa berfikiran umpama dirasuk, rasa hati akan mengamuk jika bahan lucah itu tidak didapapati dan dinikmati.

Bahan lucah akan menghindarkan kegelisahan, kesusahan hati buat sementara. Kemudian kegelisahan itu akan datang lagi dalam wajah yang lebih buruk. Bahan lucah juga akan menghilangkan rasa bermaruah, harga diri dalam diri sesorang. Ia menanamkan rasa bersalah, rasa rendah diri secara diam-diam dan perlahan-lahan justeru ‘concious’ kita tetap merasakan itu adalah salah. Kita boleh memberi apa sahaja alasan untuk menikmatinya namun begitu, hati kecil kita tetap memberitahu apa yang kita perbuat itu adalah salah. Walaupun ia terasa manis seketika, lambat-laun ia akan menumpulkan rasa sensitiviti kita terhadap perkara-perkara buruk. Akhirnya hati akan berasa tiada apa-apa atau rasa biasa sahaja. Ya, pada ketika ini rasa hati kita yang suci suci dan fikiran kita yang bersih telah dibunuh. Hati kita menjadi keras dan fikiran kita menjadi beku.

Jika kita meletakkan seekor katak di dalam bekas yang mengandungi air panas, ia akan melompat serta merta. Sebaliknya jika meletakkan katak yang sama di dalam bekas berisi air sejuk, kemudian dipanaskan sedikit demi sedikit, akhirnya katak itu akan mati kepanasan bila suhu meningkat tinggi. Kenapa? Ini kerana katak akan merasa selesa sedikit demi sedikit. Begitu juga bahan-bahan pornografi, ia menimbulkan ketagihan secara perlahan-lahan, namun akhirnya ia akan membunuh fikiran dan hati. Akhirnya, apabila kita tidak merasa sensitif lagi kepada keburukan dan kejahatan, maka kita akan samaada membiarkan perkara buruk berlaku atau kita sendiri akan terlibat.

Kajian-kajian telah menunjukkan betapa VCD lucah memberi kesan buruk kepada meningkat jenayah **** di tengah masyarakat. Kita menyesal terhadap pihak-pihak yang ‘berlakon’ seolah-olah sedang giat membasmi gejala negatif, tetapi sebenarnya mereka seolah-olah menjiruskan minyak api yang terbakar. Dan minyak ini akan menyebabkan api menyala lebih marak lagi. Baru-baru ini heboh tentang artis yang terjerat dengan rakaman video lucahnya sendiri. Maka berita itu telah mendapat liputan yang luas dalam media massa. Sayangnya, liputan itu bukan untuk menghapuskannya tetapi ‘mengiklankannya’.

Tindakan media ini yang ‘terlampau’ ini telah memberi iklan percuma kepada keburukan. Ini akan menyebabkan orang-orang yang sebelumnya tidak berminat turut berminat didorong rasa ingin tahu. Ini juga satu ‘sumbangan; ke arah ketagihan seperti kebanyakan penagih yang pada awalnya didorong oleh sikap ingin mencuba. Apabila terjebak sekali, mereka akan amalkan berterusan. Inilah yang sedang berlaku pada masyarakat kini. Oleh itu, sebenarnya yang bersalah bukan sahaja mereka yang terlibat dalam VCD itu, tetapi yang ‘mengiklankan’nya juga.

Media sepatutnya mengiklankan perkara-perkara yang baik ke tengah masyarakat, walaupun kadang kala berdepan dengan kepayahan. Memanglah ini tidak sensasi, tetapi bertanggung-jawablah. Membuat kejahatan ini memanglah mudah, kerana ia disukai oleh nafsu. Jika kita ingin melakukan kebaikan, kita memerlukan sesuatu usaha yang lebih gigih dan sukar. Bukan sahaja pihak kerajaan perlu bertindak tegas, media massa perlu membantu. Dan akhirnya orang ramai sepatutnya membina ksedaran sendiri untuk bekerjasama meninggalkan bahan-bahan ini sama ada dikuatkuasakan undang-undang atau tidak. Sukakah kita meracuni fikiran dan hati diri dan generasi kita?

sumber:fitrahperkasa website
avatar
ahmadytiryaq

Number of posts : 88
Registration date : 10/06/2009

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 :: HAL-HAL SEMASA :: UMUM

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum